PERBINCANGAN ANTARA
RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS
Telah diceritakan bahawa Allah
S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab
segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun
datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang
ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w,
"Siapakah kamu ini ?"
Orang tua itu menjawab, "Aku
adalah iblis."
"Apa maksud kamu datang
berjumpa aku ?"
Orang tua itu menjawab,
"Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku." Baginda
Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari
kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab, "Lima belas."
1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang
lain semuanya tidur.
Kemudian Rasulullah s.a.w
bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"
Jawab iblis, "Sepuluh
golongan” :
1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering
meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak
ada faedah.
“Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku
yang setia."
Itulah di antara perbualan Nabi
dan iblis. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh
Allah dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai
kita menjadi kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna
menjadi musuh Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis
bererti menjadi kawan kekasih Allah.
Tidak ada komentar :
Posting Komentar