SEORANG ANAK
MEMBANGKANG PERINTAH AYAHNYA
Ketika Rasulullah S.A.W memanggil
kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar,
terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni
Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu
menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk
membela agama Allah dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada
anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di
rumah menjaga wanita dan anak-anak."
"Wahai ayahku, demi Allah
janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih
besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah,
maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku."
Khaitsamah marah dan berkata
kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku."
Saad menjawab, "Allah
mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkat berperang.
Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau
rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."
Maka Khaitsamah berkata,
"Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang
baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat."
Saad menjawab, " Demi Allah
wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu."
Khaitsamah tidak rela kecuali
melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian
menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke
medan Badar dan mati syahid.
Setelah itu Khaitsamah berangkat
menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak mengizinkannya. Hanya sahaja
Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis,
" Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran
inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya
sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di
dalamnya anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di
syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku
rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa
dengan Tuhanku."
Setelah diizinkan Rasulullah,
Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.

Tidak ada komentar :
Posting Komentar